Aku------cinta-------dan----air mata

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kami cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu mawaddah (rasa kasih sayang) dan rahmat..." - Surah ar-Rum Ayat 21.

Perkahwinan adalah suatu manifestasi daripada frasa cinta dan kasih sayang. Tetapi adakah ianya benar? dan semua orang yang berkahwin melalui frasa cinta dan kasih sayang?

aku pernah bertanya kepada beberapa orang rakan sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ketika itu aku fikir mereka masih belum matang sepenuhnya untuk berbicara tentang cinta. Namun aku cuba membawa pemikiran cinta yang sebenar pada mereka. Persoalan aku pada kawan-kawan aku itu adalah 'Apakah sebenarnya matlamat yang paling utama manusia berkahwin? Adakah kerana cinta, atau kerana sekadar mengikut sunnah, ataupun sebab nafsu semulajadi manusia, ataupun lainnya untuk perkembangan zuriat?'


Ada yang memberi jawapan kesemuanya. Namun aku menolak kerana itu jawapan diatas kertas periksa. aku mahu jawapan itu dijawab dengan ikhlas dari sumber hati rakan aku yang disoal itu. Masing-masing memikirkannya untuk mencari satu jawapan yang tepat. Ada yang memberikan jawapan kerana zuriat, ada pula yang menjawab kerana nafsu manusiawi, dan jawapan-jawapan lain. Tetapi jawapan cinta amat sedikit yang KU dengari. Aku membuat kesimpulan awal, mereka masih belum kenal erti cinta mungkin, ataupun memang remaja selalunya menipu apabila mereka ditanya tentang cinta kerana mereka belum faham erti cinta.


Cinta Mengubah Dunia




Cinta adalah sesuatu yang agung dan dahsyat. Semalam ia mengubah dunia, hari ini ia mampu mengembalikan semula dunia kepada asal. Semalam boleh berlalu tanpa apa-apa, tetapi hari ini ia boleh mengubah segala-galanya dek penangan cinta.

Syukran jiddan sudi baca entry emma:)

No comments:

Post a Comment

Segala yg tercatat di atas adalah hak milik peribadi Emma Fatima