sampaikan salam .

Bismillah . .dinginnya malam ini , jam tepat menunjukkan pukul 1:24 AM  . Aku kini masih bangkit kerana telah terjaga dari lenaku apabila dia menelefonku baru beberapa minit yang lepas. Wahai blogger , aku rindukan kamu , dulu jari jemariku pantas untuk menaip segala kenangan yg tercatit buatku , namun kini kenangan tinggal kenangan . Dalam dunia praktikal , aku sibuk bekerja , waktu ku terlalu padat untukku melepaskan segalanya di dalam blogger land , tapi kali ini , masa ku terluang kerana aku teramat rindukan kau wahai blogger land. (haha) . Seindah pelangi muncul selepas hujan , cantik bukan pelangi itu ? itu yg aku harapkan darinya dulu , ahhh ! itu dulu ! ini sekarang ! sekarang fatima ! aku bukan yg dulu , aku kini lebih tabah hadapi segala cubaan hidupku .Di luar jendela ,hujan renyai2 seakan-akan perasaanku ketika ini , sayu , sepi . . . . kenapa ni ??? ohh tidak! jangan katakan itu ! aku tidak mahu! aku tak rindukan dia ! tidakk ! pantas air mata ini mengalir lagi untuk lelaki yg tak pernah menghargai aku dulu . Aku menangis untuk ke entah keberapa kali . memang mudah untuk berkata-kata , tapi kau dan kau tidak merasa apa yg ku rasa , bicaraku terdiam , aku terpaku , apabila gambarnya jatuh dari rak meja solekku , Apa kuat sgt ke angin nih ? time mcm ni lah kau nk bg aku tgk gambar dia , aku koyak dan aku buang ! Pantas lagi ia mengalir. Sampaikan salam padanya ya Allah . Kamu dan kamu , yee mmg betul apa yg kamu semua katakan , memang betul perasaan itu yg wujud , tapi biarlah aku semadikan perasaaan itu untukku sendiri , biar perasaan itu terkubur dalam hati hingga akhir hayat nanti . segera lappy ku padam . Bismillah untuk tidur , Assalamualaikum sahabat :)



Syukran jiddan sudi baca entry emma:)

2 comments:

Segala yg tercatat di atas adalah hak milik peribadi Emma Fatima